Monday, July 20, 2009

EURO2 : Ahad 10 Mac 02 : Firenze


This is the first photo shot of my travel, snuggling before venturing out.

Di sini aku selalu bangun awal, sekitar jam5.00 pagi dan bersarapan linkungan 7.00 hingga 10.00 pagi. Aku akan makan secukupnya, cornflake, roti, yogurt dan cheese beserta kopi. Aku juga tidak ketinggalan mengambil bekal ke bilik.
Hari ini aku keluar jam 8.30 pagi, tapi terpaksa masuk semula ke bilik sebab cuaca hari ini lebih sejuk terutama jika berbasikal.


Hari ini aku bersyukur kerana membawa jaket North Face yang dipinjamkan oleh adik ipar aku Riza, sebab rupa-rupanya jaket denim tidak memadai. Sewaan basikal masih ada sehingga 12.00 tengahari, jadi aku ingat nak ronda habis habisan. Aku pergi ke Duomo semula, yang merupakan salah satu ikon tersohor seni bina Florence.Pagi- pagi lagi dah ramai pelancong membanjiri kawasan ini. Aku meminta seorang gadis Jepun mengambil gambarku. Aku dapati ramai sekali pelancong Jepun terutama yang berkumpulan.


the Duomo , one of the city's attraction and icon


Cycling around the 'Doumo'

Aku kemudian ke Badia, Bargello (National Musuem) Palazzo Vechio,Organa's Loggia dan Ufizzi. Semua ini adalah bangunan- bangunan lama yang turut menjadi tarikan pelancong. Seni bina lama ini menarik dan dipenuhi dengan patung- patung manusia yang telanjang yang diukir dari marmar dan tembaga. Aku tidak masuk ke dalam bangunan- bangunan lama ini walaupun pelukis yang mengikuti program ini boleh masuk dengan percuma. Barisan pengunjung yang terlalu panjang menyebabkan aku naik malas hendak ikut beratur. Lagi pula aku masih ada banyak hari lagi di sini. Aku melihat-lihat dari luar sahaja.

Aku ke Ponte Vechio sekali lagi. Jambatan yang masyhur, dan merupakan satu lagi seni bena ikonik bagi Florence. Aku pernah melihatnya dalam beberapa artikel sebelum ke sini. Inilah salah satu perasaan ajaib yang kita tempuhi apabila melawat negara lain, iaitu bersemuka dengan ikon- ikon yang hanya dilihat sebelum ini di dalam media sahaja.


posing on bike, with the famous Ponte Vechio in the background.

Ponte Vechio ini merentangi sungai Arno dan terdapat kedai kedai menjual emas di atasnya.


'Lungarno' or along the Arno river


Kemudian aku ke Pitti Palace, satu lagi bangunan lama yang besar terletak di atas bukit. Yang menariknya kesemua bangunan lama yang kulihat sepanjang aku berada di sini diperbuat daripada ketulan batu. Walaupun telah dibina beratus tahun dahulu, ia tetap utuh hingga ke hari ini tanpa memerlukan sebarang pembaik pulihan. Di luarnya terdapat ramai pelukis jalanan dan ini mengingatkan aku pada teman- teman aku di perkampungan pelukis di jalan Conlay.


In front of Pitti Palace


Pitti Palace, grandios and element..


View of Uffizi

Aku mencari Acedamy of Fine Arts di Piazza San Marco. Berkesempatan melawat pameran karya pelajarnya. Biasa saja karya mereka bagiku. Di sini pelajar- pelajarnya becumbu di tepi jalan.


Aku memasuki segala lorong kerana hendak menghabiskan sewaan basikal. Aku dah mula mengenali jalan- jalan kerana Florence ni, taklah besar sangat. Pukul 12.oo tengah hari aku memulangkan basikal dan balik ke hotel. Aku tertidur sehingga pukul 5.00 petang dan terjaga dengan perut yang lapar. Keluar mencari pengalas perut di Mc D. Begitu ramai pengunjung restoran ini, terutama dalam kalangan pelancong kerana ianya murah daripada makanan Italy. Mc D di sini terdapat burger daging babi dan juga beer. Fileto dan apple pie saja untuk aku, 5 euro.
Malam ini aku duduk di bilik sahaja. Sudah dua hari di sini dan aku belum lagi memulakan painting aku. Tonton tv dan terus tertidur.



the Duomo view from a nearby alley

Sunday, July 19, 2009

EURO2 : Sabtu 9 Mac 02 : Firenze

Aku bangun pukul 5.00 pagi- breakfast pukul 7.00, lepas mandi aku turun,(no bilik 226, 2nd floor) dan tanya baggage aku- belum sampai.
Breakfast..makan roti yang luarnya keras tapi lembut di dalam, cereal dengan susu, cheese dan kopi. Aku ambil epal, roti, honey dan biskut- simpan dalam beg. Aku tengok Mat Salleh pun buat macam tu.(ikut nasihat Shima). Aku makan cukup cukup.

Lepas breakfast aku jalan cari office 'Catherina De Medici'(organiser) dekat Lungarno Colombo, ikut peta, jauh juga.
Pagi ini baru aku dapat lihat Florence dengan dekat. Aku tengok 'S.Maria Del Fiore' atau 'Duomo' yang famous tu. Semalam sebelum landing dekat Florence, aku dah nampak dari atas kapalterbang; aku senyum seorang diri, sebab sebelum ni aku tengok dalam brochure. Bandar Florence ni,penuh dengan bangunan lama, bangunan tak tinggi tapi jalan antara bangunan kecil. Jalan nya banyak dibuat dengan batu- classic betul.
Aku cari sungai 'Arno' yang melintang bandar Florence, sebab jalan yang aku cari, tepi sungai.


Di jalan, banyak orang jalan kaki, naik basikal dan scooter. Kereta banyak 'Fiat' tak ada kereta Jepun.
Mula mula keluar dari hotel,aku rasa tak berapa sejuk, tapi makin lama makin sejuk, tapi tak lah macam dalam peti ais.

Aku tak appreciate betul betul lagi sebab perlu cari office organiser untuk lapor diri. Dekat satu jam berjalan, baru aku jumpa, tapi tak ada orang lagi, sebab awal sangat. Aku frust betul, sebab tak talipon dulu. Patah balik, kaki dah mula lengoh, lagi pula aku terambil jalan jauh.
Balik ke hotel semula dan talipon organiser. Depa suruh aku datang semula pukul 3.00 petang; takkan nak jalan kaki lagi kot?

Aku keluar cari basikal sewa tapi, jumpa lorong jual barang barang kulit, macam Petaling Street. Intai intai juga harga tapi budget aku kecik, tengoklah nanti. Aku kena jaga belanja sebab perjalanan masih jauh. Jumpa kedai sewa basikal dan sewa sebiji- 12 euro sehari, tapi kena tinggal passport(ini yang tak sedap ni, tapi apa boleh buat, aku dah tak larat nak jalan kaki).




Pukul 1.00 tengahari- aku keluar semula dengan basikal dan dapati, memang cara yang paling mudah dan seronok adalah berbasikal; area boleh cover jauh dan tak penat, lagipun paling selamat.
Aku singgah lukis jambatan 'Ponte Vechio' yang famous tu (atas) dan pergi ke sana... punya ramai tourist. Florence ni penuh dengan tourist.
Aku tengok 'pizza' dari luar tingkap, macam macam jenis. Aku teringat dekat bini aku, sebab dia suka pizza. Aku tak beli sebab tak lapar lagi.

Sampai office organiser pukul 2.30 petang. Jumpa denagn Mr Giulliano Sottani (manager program) dan Nadia Nanni (Direktor) yang kad depa kirim sebelum datang. Depa bagi a very warm welcome.
'Catherina De Medici ni, satu organisasi yang sebelum ni banyak promote Florence dan Italy melalui makanan, tapi sekali ni diberi kepercayaan oleh bandar Florence untuk organise cultural events.
Aku diberi dua keping canvas yang dah stretch- 50x70cm, name card dan info info lain. Aku ikat canvas dan galas dekat bahu. Part ni yang aku megah sekali, berbasikal dengan kanvas di bahu, mengelilingi Florence, tapi tak ada sapa nak tolong ambil gambar... syok sendiri lah.

Balik ke hotel- rehat. Malam ni ada welcome gala dinner di 'Circolo Borghese E della Stamp', perjumpaan antara Mayor Florence; Leonardo Domenici dengan pelukis pelukis.
Siang tadi, bag aku dah sampai kat hotel, punya lega, dapat hisap Marlboro Malaysia. Rokok sini tak sedap dan mahal- 3 euro (rm10)

6.30 petang. Aku keluar cari 'Palace Borghese', ikut jalan sungai Arno. Malam, lagi susah cari jalan. Satelah bepusing pusing, baru aku jumpa tempatnya.
Bila aku masuk, aku rasa kekok, sebab orang semua pakai formal, aku pakai jeans dan jacket. Aku memperkenalkan diri dengan peserta lain. Ada artist dari German, Ghana, America, Colombia, Zimbabwe, Australia, Nigeria dan banyak lagi, tapi peserta Asia tak ada. Aku tengok semua artist dah tua tua belaka, tak ada artist muda. Mungkin sebab mahal nak masuk, jadi artist yang dah established saja yang mampu datang. Aku seorang saja, artist yang di sponsored oleh negara.

'Palace Borghese' ni istana lama, lebih kurang dua ratus tahun lama, tapi dah di privatised. (bekas kepunyaan keluarga Medici yang dulu pernah membangunkan Florence) Interior dia classic habis. Dekat ceiling ada lukisan yang macam kita tengok dalam buku art history zaman Renaissance dulu. Aku frust sebab tak bawa camera, nanti malam last, aku bawa. Istana ni besar sungguh, setiap bilik bersambung dengan bilik yang lain. Seorang kawan Italy buat lawak kata: dulu, nak bergerak dari bilik ke bilik, kena naik basikal.

Sebelum dinner, kami dijamu snek dan minuman. Nak minum apa?.. semua ada. Aku berkenalan dengan seorang' Larry Otto' dari Ghana. Dia kena simpan duit selama enam tahun, nak mai sini. Dia menginap di hotel yang sama dengan aku.
Bila aku beritahu, aku dari Malaysia, semua orang tahu dimana, ada yang dah sampai dan ramai yang tahu tentang Malaysia.

Dinner dekat sebuah bilik besar yang penuh dengan cermin dan ukiran bewarna emas. Sebuah chandlier besar tergantung di tengah, dan ceiling seperti biasa penuh dengan lukisan zaman Renaissance. Aku semeja dengan Nadia dan lima orang staff Catherina De Medici dan Larry- aku tak tau, aku jadi pendiam dan tak banyak cakap.

Kami dijamu dengan 'five course dinner'.
Mula mula 'spinach' dibungkus(bawah) sedap juga, yang ini aku boleh habis, mungkin aku lapar. Gelas ada lima jenis berbagai saiz untuk seorang, garpu - tiga, pisau - dua, dan sudu - tiga. Hidangan pertama disusuli dengan white wine.


Kedua - nasi campur salmon, macam nasi goreng, tapi beras dia lain sikit, aku makan sikit- lagi white wine.
Ketiga - macam bingkang tapi ada daging warna merah diatas - aku tak makan.
Keempat - paha ayam belanda yang diisi dengan sayur, campur kentang bulat- disusuli degan red wine pula. Aku ingat dinner dah habis, aku keluar hisap rokok.
Kelima - dessert macam caramel, aku makan separuh, yang ini disusuli dengan champagne. Nampaknya sky juice sajalah untuk aku sebab kopi dan teh memang tak disediakan.

Mayor tak dapat hadir, cuma deputy dia dan menteri pelancongan Florence. Ucapan oleh Sattoni dan menteri. Depa tak cakap Inggeris, ada penterjemah. Kami diberitahu tentang pertandingan. Ini adalah kali pertama dan akan dijadikan annual event, Tahun depan di 'Palermo, selang dua tahun di Florence dan 2004 ni di Venice.
Kami diberitahu bahawa orang orang kenamaan ' rich and famous' sahaja yang santap di palace ini dari dulu lagi. Semua peserta perasan dan tepuk tangan.(macam mana aku boleh sesat kat sini?)

Lepas dinner aku salam lebih kurang dan balik. Orang lain semua naik limo atau teksi, aku sorang sahaja naik basikal. Aku sesat sebab malam, tapi Florence ni penuh dengan tourist walaupun dah larut malam.

EURO2 : Friday. 8 Mac 2002 : Roma

Pukul 6.30 pagi.
Aku terjaga sebab airport dah mula ramai orang. Aku pergi freshen-up dan terus pergi check-in dekat terminal domestik. Airport Roma besar betul.
3.15 petang (Mal) 8.15 pagi (Roma), aku tengah tunggu nak boarding ke Florence. Sekali ni naik Alitalia pula.
Dah 32 jam perjalanan, belum sampai lagi. Lapar, aku makan kit kat yang aku beli dekat KLIA.. yang problem sikit...nak terbe...

Flight ke Florence pukul 9.15 pagi, kapalterbang kecik sikit, pakai kipas.. Pemandangan dari Roma ke Florence, cantik betul, bukit macam diukir. Dapat minum oren jus sahaja.
Sampai Florence (Firenze) pukul 10.30 pagi. Sebelum check-out, aku rasa nak terkencing betul, tapi toilet kat luar, aku kena tunggu baggage, tapi sekuriti kesian dia bagi aku keluar sat.
Bag aku tak sampai... check...ada kat London...report. Besok depa hantar kat hotel.
Nak naik teksi ke bandar, harga 20 euro. Aku beranikan diri naik bas....free!. Sampai town centre, aku jalan cari hotel. Mujur aku dah study sikit peta Florence dulu, rasa megah sebab dapat jimat duit.
Check-in hotel Castri pukul 11.00 pagi. Bilik kira ok lah. First thing, aku masuk jamban dulu....

Sebab terlalu letih sangat, aku tertidur sampai pukul 10.00 malam.

Terjaga...aku lapar, nak keluar, sudah lewat. Aku makan fruit cake yang aku ambil atas kapalterbang dan tuna snack yang aku bawa dari KL.
Tengok tv sampai tertidur semula....

Saturday, July 18, 2009

EURO2 : Thursday . 7 Mac 2002 . K.Lumpur









Push-Off from Sri Gombak. 7.00am to KLIA.
Terlupa tinggal ATM kad dekat Eta, try to call, tak dapat.

Take off to London MH004 at 10.30 am.
Get to know Mr Rashid, a bussiness man from KL, dia ada bussiness casino dekat Menado, nak jual bussiness dia kat London. Flight 14 jam,the longest aku pernah naik. Plane besar, makan sokmo, aku bedal habis, tapi leceh bila nak pi jamban.
Dah la tu, dua toilet rosak. Stewardess MAS, international flight pun , tak lawa. Tengok in flight movie saja lah.
Atas plane, over Europe, aku nampak salji menyeliputi bahagian tinggi.

Sampai Heathrow pukul 5.30pm waktu London, lebih kurang 1.30 malam waktu Malaysia.
Transit- first time pijak London, udara sejuk. Bertemu dengan sekumpulan pemuda Trengganu yang bekerja di London.



Pukul 6.30 petang, boarding British Airways. Airbus, dapat tepi tingkap. London dari udara waktu malam, nampak bintik bintik lampu saja lah.
Dalam kapalterbang semua Mat Salleh. Food, aku dapat lain(Muslim Food) smoked salmon sandwich, aku makan separuh saja. MAS punya lagi sedap.
Lalu atas Paris, tapi tak nampak sangat.

Sampai Roma pukul 9.30 malam waktu Italy.(lambat sejam dari UK) . Dah 17 jam perjalanan, langsung tak hisap rokok. Di Roma aku kena periksa, tapi bila depa tau aku artist, depa baik habis. Bagi aku hisap rokok Italy. Seorang polis nama Agusto mintak aku buat satu sketch on the spot. Dia seronok betul dapat sketch, tunjuk habis dekat semua orang. Di sini, aku mula rasa yang artist memang dihargai.

Flight ke Florence, pagi besok, ada lagi 12 jam kena tunggu. Aku tidur atas kerusi di airport Fumin Ciano. Nak hisap rokok kena masuk toilet. Tidur pun tak nyenyak, kejap kejap terjaga, sebab takut terlepas time. Jam, aku biarkan time Malaysia, sebab aku suka ingat famili tengah buat apa. Sekarang ni 9.30 pagi Malaysia. Anak anak aku semua ada kat sekolah, di sini pukul 2.30 pagi.

Friday, July 17, 2009

Journal : Europe 2002


Prologue

While in a session of a children art workshop at the National Art Gallery,back in 2002, I was offered to participate in a painting competition , 'The Catherina De Medici Painting Award' that will be held in Florence, Italy. From 7 to 10 march 2002.
I am still at the K.L Artist Colony at that time, and the only place I have been outside this country is just Thailand and Indonesia.
Europe have been my dream since leaving art school. The urge to get there, become stronger after doing a free-lance job of painting a massive Paris scenes for the launching of French airline in K,L back in the late eighties. Imagine the excitement.

First thing, grab some travel brochures on Florence, Venice and Paris. With the travel expenses and lodging for ten days in Florence taken care by the gallery, and a few thousand Malaysian Ringgit that I manage to fork out. I am ready to embark in one of my most memorable journey.
I have requested an open return ticket and fix a departure from Paris. This is to make sure that I will be in Paris, and have a few weeks to venture to more cities after the Florence competition.

The Journal:
I am not much of a person who jots down journal, but I do love to travel and never fail to bring along some sketchbooks along in my journeys. Even though not many sketches done. But considering this is my first great travel and being a painter, I would like to record it, and share the joy with others . I make it a point to scribble my experience every night before sleep. Although I am more comfortable, writing in English, I try using my own language to get the authentic feeling of it all.
I will post it as true as the journal, and will try to avoid much editing as possible.There will be no translation to English, but I am sure you can enjoy it visually.
This is the first time for this journal to be published in any form anywhere. It have been on the bookshelf collecting dust since. Stumbled upon it recently while searching for old photos.

Share the joy of my travel through my journal in this coming twenty three days here at 'piquant' as I take you along on a day to day posting, of my travel in Europe. Starting tomorrow. Enjoy.