Thursday, April 8, 2010

Kembara Eropah 2 : Weymouth UK

2 mac 2010
Stanstead Airport, London.
Alhamdulillah,
Aku menjejakkan kakiku di lapangan terbang Stanstead London pada pukul 12.30 malam waktu UK.


Suasana sunyi di Stanstead airport selepas tengah malam.

Perkara pertama sebaik sahaja mengambil bagasi adalah untuk menyedut nikotin satelah berbelas jam menahan ketagihan.
Aku keluar ke foyer terminal. Suasana gelap kecuali cahaya dari tiang tiang lampu di persekitaran terminal, dan...
Dingin udara London dengan segera menyerbu ke tubuhku. Terasa seperti pernah kukenal dingin ini, dan perasaanku terus mengimbau kembali sewaktu melawat London lapan tahun yang lalu.

Rokok tidak sempat aku habiskan kerana aku kalah oleh dingin yang semakin menusuk ke dalam tubuhku yang belumpun disalut dengan pakaian tebal.
Aku kembali ke dalam terminal dan terus ke tandas untuk menyalin pakaian.

Bagasi tidak boleh ditinggalkan sewenang-wenangnya, harus bersama-sama ke mana sahaja. Dengan dua buah beg, tak dapatlah aku memasuki tandas yang kecil untuk menukar pakaian. Jadi di kawasan luar sahaja aku menanggalkan pakaian untuk berpakaian semula.Bayangkan kalau ada orang masuk sewaktu aku hanya berpakaian dalam begini.

'Long john' atas dan bawah, kemudian kembali menyarung seluar, T-shirt, Jumper, Jeket dan 'Cap'.
Sambil itu, aku memerhatikan transformasi diri di dalam cermin.
UK, here I come!

Aku harus berada di 'airport' sehingga pagi besok untuk terus ke Central London. Masih ada tujuh jam sebelum pagi. Merayaulah aku ke seluruh kawasan terminal. Terdapat beberapa kedai yang beroperasi 24 jam, dan banyak yang ditutup. Keluar masuk terminal lah aku apabila ingin merokok. Walaupun pakaian sudah tebal, aku masih tidak boleh berlama-lama di luar. Cukuplah untuk sebatang rokok.

Di dalam kawasan terminal terdapat banyak kios-kios internet berbayar, dan di sinilah banyak aku menghabiskan masa.
Semenjak ber'blogging' dan ber'facebook' ni, pantang nampak komputer, lagipun aku ingin menyampaikan berita secara 'live' kepada keluarga dan handai taulan yang berminat mengikuti kembara aku ini. Ini lah kemudahan kembara abad ini, rugi lah kalau tak pakai.
Tapi, kios bersyiling ini, kuat makan duit, di airport lah katakan, London pulak tu. Satu pound untuk 10 minit.
Dengan berselang seli keluar masuk, habis lah aku dalam 10 pound.


Di internet kios yang terdapat di merata tempat di airport.

Bila perut terasa lapar, 'snickers' dan 'juice' lah yang aku makan sambil berinternet.
Ramai juga penumpang yang tidur di merata tempat, tapi aku tak boleh, berjagalah aku hingga ke pagi.


Pada pukul 6.00 pagi keesokannya, aku melangkah ke terminal bas berdekatan. Udara luar masih terlalu sejuk buat ku.
Pemandangan di luar sungguh cantik. Matahari mula menunjukkan sinar dan dapatlah aku melihat bumi Inggeris dengan lebih jelas.

Pokok-pokok tanpa daun berlatar-belakangkan cahaya langit yang samar-samar kelabu-kebiruan, bertembung dengan cahaya kuning keemasan.
Aku lebih banyak berada di dalam ruang menunggu saja. Bas ke Central London, sudah ditempah tiketnya dan dijadualkan bertolak pada pukul 7.40 pagi. Tetapi bas tiba pada jam 8.00 pagi.
Aku risau kerana aku harus berada di Victoria coach station di London sebelum jam 10.00 pagi.

Perjalanan di dalam bas bersaiz sederhana ke Central London ini, hanya membawa empat orang penumpang termasuk aku. Dua dari penumpang lain adalah dua pemuda Cina Malaysia yang bersama denganku dalam penerbangan malam tadi.


Mentari pagi mula menerangi muka bumi England.

Perjalanan ke Central London memakan masa satu jam. Muka bumi England masih bewarna kuning cair seperti warna jerami padi sewaktu musim menuai di Kedah. Tiada warna hijau dan terdapat kesan-kesan lalang dihimpit salji. Salji sudah tidak kelihatan di permukaan, tetapi kesan fros semalam di atas permukaan seakan-akan permata bekilauan dek cahaya mentari pagi.


Bayangan bas yang saya naiki si atas cermin sebuah kedai sewaktu mula memasuki kawasan Central London.

Kami tiba di Central London hampir jam 9.00 pagi dan diturunkan di 'Baker Street' berhampiran sebuah stesen keretapi bawah tanah atau 'tube'.
Aku harus menaiki tube ke Victoria Coach station. Ke arah mana? Aku belum pasti.

Suasana pagi di Baker Street dipenuhi manusia yang masing masing sibuk bergerak.
Sebaik aku melangkahkan kaki aku ke dalam stesen bawah tanah...,
'Mak datuk'!... Beribu manusia berhimpit dan bergerak menuju platform masing masing. Lelaki, wanita, hitam, putih, kuning dan cokelat.
Aku terperangkap dalam morning hour rush!. Warga London nak masuk kerja!

Aku pernah menggunakan 'tube' sewaktu lawatan terdahulu, jadi tidaklah aku cemas, cuma tidak pernah pula aku mengalami kesesakan sebegini, dipenuhi manusia sehingga tidak nampak akan lantai stesen.
Dengan bergalaskan bag yang padat depan dan belakang, aku dihanyutkan oleh arus manusia.
Setelah mendapatkan tiket, aku dihanyutkan lagi sehingga ke platform yang dicari. Aku harus menukar dua tube untuk ke Victoria Coach Station.

Keadaan ku berbeg, membuatkan aku susah untuk kehadapan untuk menaiki tube. Tube datang setiap 2-3 minit, dan semuanya padat. Akhirnya satelah mengginsut sedikit demi sedikit, dapatlah aku perosokkan diri ka dalam tube. Beg aku dihimpit disekeliling dan aku seakan tergantung dari beg aku sendiri, tanpa dapat berbuat apa. Apabila sampai satu stesen, aku dan beg menghalang penumpang lain keluar, terpaksalah aku turun dahulu dan kemudian berebut naik semula.

Tak tahan dengan keadaan ini, apabila aku terpaksa turun untuk menukar tube, aku naik ke permukaan bandar untuk berehat kejap sambil merokok.
Masuk semula bawah tanah dan melalui perkara sama sehinggalah aku sampai ke penghujung Victoria line.

Keluar dari stesen tube, aku mencari Victoria Coach Station pula, stesen bas untuk aku ke Weymouth. Kesemua tiket perjalananku sehingga ke German telah di tempah oleh anak saudara secara online. Jadi semua terpaksa ikut schedule. Ada lagi setengah jam sebelum bas ke Weymouth bertolak dan aku masih belum jumpa stesennya.

Aku ternampak deretan bas di belakang dan menuju ke arah tersebut. Sampai ke penghujung jalan, belum juga nampak Victoria Coach Station. Aku masuk ke dalam sebuah kedai majalah dan bertanyakan seorang gadis keturunan India:
Excuse me, can you tell me how to get to Victoria Coach Station?
Dengan muka yang masam, dia menunjukkan kepada ku stesen yang betul-betul berada di sebelah kiri ku.

Ada lagi 15 minit sebelum bas ekspress bertolak ke Weymouth melalui Bournemouth.
-Double shot expresso. I deserve this!

Tiket bas ke Weymouth, benilai 28 pound, tukar ke bas lain di Bournemouth.
Bas besar tapi hanya 14 orang penumpang.


Mula meninggalkan Central London ke Bournemouth.

Kami keluar dari Central London menuju Bournemouth pada pukul 10.00 pagi.
Perjalanan lancar, aku menikmati muka bumi Inggeris sekali lagi. Cantik? Ya, memang cantik. Pemandangan yang baru buat kita, sememangnya cantik. Tapi apa yang membuatkan ianya lebih cantik adalah kebersihannya.

Setelah 2 setengah jam perjalanan, sampailah ke bandar Bournemouth, sebuah bandar kecil di selatan dan aku harus tukar bas di sini.

Aku tidak sempat merayau di bandar ini kerana waktu hanya ada satu jam sebelum bas berikutnya. Udara luar masih sejuk untuk standard orang Malaysia. Kalau tak kerana merokok aku akan sentiasa di dalam bagunan saja.

Aku menelefon Jin,

Aku: Hellloouu... Good Daiy Maite! (aku cuba cakap slang British, ingat nak pekena Jin)
Jin: assalamualaikum. Hang dah sampai mana?
Leceh betul, tak bagi can langsung...

Satelah menelefon Jin lebih kurang, aku masuk dalam sebuah kedai untuk makan muffin dengan mineral water- 1.20 pound, muffin, punya besar tapi sedap.
Bas ke Weymouth bertolak jam 1.30 petang.
Pemandangan luar bandar semakin cantik. Aku terlampau asyik menikmati pemandangan sehingga lupa untuk menggambar.


Menghampiri Weymouth.

Perjalanan dari Bournemouth ke Weymouth memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Aku dah mula letih dan selalu saja terlelap.

Sampai di Weymouth dalam pukul 3.00 petang dan sebaik melangkah turun dari bas aku 'scan' persekitaran dan...

Nun di satu tempat duduk, tersenyum... adalah sahabat ku Jin aka Sanusi telah sedia menunggu.
Tak tahu lah saya nak menceritakan bagai mana perasaan saya apabila dapat bertemu dengan sahabat baik semenjak zaman ITM berpuluh tahun dahulu. Jin, berasal dari Terengganu dan sudah berbelas tahun menetap di Weymouth. Kali akhir saya bertemu Jin adalah pada 2006, sewaktu dia balik ke Malaysia.

Sampailah aku ke destinasi pertama dalam kembara aku ini, satelah lebih kurang 48 jam perjalanan semenjak meninggalkan rumah. Alhamdulillah!

Aku terus dibawa pulang oleh Jin kerumahnya.
Aku: Jin, you know what I need most now? I badly need the loo, a good shower, a good puff and a good sleep!


Jin, dihadapan rumahnya.



Love Lane, once featured in Jin's blog.

Satelah berehat dan mandi, Kami keluar semula ke bandar Weymouth, Jin membawaku ke pasaraya berhampiran untuk mencari sedikit keperluan dapur. Betullah cakap Jin, apa yang tak ada, serai, daun limau,lengkuas,kunyit, nenas, tembikai.... kecuali mak bapak aja...

Hari semakin petang jadi kami tidaklah merayau banyak, bateri aku pun dah low habis. besok sajalah, tapi sudah dapat kurasai keindahan alamnya Weymouth dan ditambah lagi, aku bersama Jin.


The Marina, view from the road to Jin's place. Not such a bright sky today.

Thursday, February 25, 2010

Europe A Calling Again!

Come 1st March,
I'll embark again on another journey to Europe. Being sponsored with a return ticket to London, and as usual after forking out some money at the very last minute, I'm ready and raring to go.
Already in 'standby traveller's mode'

I'll meet up with my old friend Jin in Weymouth,UK. See previous posting here n here
From Weymouth, I'll move on to Gelsenkirchen, Germany to meet my nephew Faris.
From there, I hope to visit Amsterdam this time around after failing to do so before.
At Amsterdam, I'll meet up with a Danish artist friend Jack Hanson. Jack have been frequently visiting me here since 2002. Read here
From Amsterdam, we'll drive up to Copenhagen for a two weeks stay at Jack's place.
Will try to post photos and news if I'm able to be online anywhere.

So; here's to another exciting journey... InsyaAllah.
Doakan keselamatan saya pergi dan balik. Amin

Thursday, January 21, 2010

Sam's Solo Exhibition


It has been a while since I went to a painting exhibition. The last being the retro of Syed Ahmad Jamal at the National art Gallery. Last night I was at the launching of a solo exhibition by a close artist friend of mine, Samsuddin Mohammad.

This is a second solo by Sam and was being held at the RA gallery, K.L. The exhibition comprise of recent works and works done by Sam during his colony days.
The show titled 'Melukis Citra Manusia' showcase around 50 pieces of Sam's works in oil, acrylic and pencil sketches.

Sam educated in Fine Art at the University Science of Malaysia, Penang. A highly skilled potrait artist since his Central Market days. Sam's work, apart from his skilled painterly depiction of form, have this unique feeling where he is able to bring out the personal nature or aura of his subject. His works brought us close to the subjects and let us feel as if we too are very close at heart with them. The reason might be that of Sam's nature as well.
Sam is a person who is easily loved by anybody that get to know him. A kind and caring friend. In fact to quote artist Jerry's statement when he first saw me with Sam back in the late 80's, was "Kalau sapa kawan dengan Sam tu, kira OK laa...".
Sam treats everybody as his closest friends, its like he can see the inside of you.


Yours truly with artist Sam in front of one of the pieces exhibited. What an honour!

We were together at the colony and shared the same studio for a good ten years.
We had the chance to travel to Thailand and several times to Indonesia together. In fact, we had exhibited together in a two-man show at 'Jakarta Art Festival' in 2001. It was full of fun and excitement travelling with Sam.
Good Luck Sam.


With the National Laureatte, Pak Samad Said at the show.


With painter-poet Kak Siti Zainon Ismail. A die hard Malay culture activist. So warm and friendly.


With Melor, Kak Siti's sweet daughter. Like mother like daughter.


The Kroncong Arif Lukisan that graced the opening. From left, Riduan Salam, Maamor jantan and Raja Herman.

Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010


Wishing everyone a very 'Happy New Year'

Bitumen On Paper
Done at the 'USM Drawing Marathon', October 2009