Tuesday, August 4, 2009

EURO2 : Isnin 25 Mac 02 : London 3

Jam 10.00 pagi aku keluar ke London. Aku dah pandai menggunakan tube tetapi masih memerlukan peta.

Dari Bank aku menukar mengambil Nothern Line ke Waterloo Train station, tempat yang aku mula-mula sampai di London. Aku mahu mengambil refund untuk tiket keretapi balik ke Paris kerana aku mahu balik ke KL dari London sahaja.

Aku diberitahu yang tiket tak boleh refund tapi haribulan boleh ditukar. Ianya sah laku sehingga ke bulan Jun nanti. Tak apalah, aku boleh berikannya kepada Akmal.

Aku masih teringin hendak ke Amsterdam tetapi keinginan itu kian pudar kerana duitku telah kehabisan. Aku terpaksa habiskan hari-hariku di London sahaja. Inipun dah kira bonus. Aku bersyukur kerana dapat juga berada beberapa hari di London.

Dari stesen keretapi Waterloo aku mengambil tube ke barat London, ke bandar South Kensington. Stesen Waterloo yang hari itu aku rasa begitu asing, hari ini aku rasa macam dah biasa. Aku tersenyum apabila melintasi tempat yang aku menunggu Akmal selama beberapa jam tempoh hari.


The phamlet of the exhibition that I missed.

Aku ke South Kensington bertujuan untuk ke Victoria and Albert Musuem kerana aku ingin menyaksikan pameran 'Earth and Fire' , sebuah pameran arca terracota Italy. Aku mendapat phampletnya dari National Art Gallery semalam. Tetapi setibanya aku di sana, aku dapati barisannya begitu panjang. Jadi malaslah aku hendak beratur.


Classical architecture of the Natural History Musuem.

Di hadapan Victoria and Albert Musuem aku ternampak The National History Musuem, muzium yang mempamerkan banyak tulang-tulang rangka dinosour.
Pengunjung begitu ramai walaupun hari ini hari Isnin. Ramai pengunjung yang datang dari luar negeri bersama keluarga mereka.


The Natural History Musuem's interior.

Di sini aku dapat melihat beratus-ratus rangka dinosour termasuk rangka dinosour yang amat besar. Aku tidak ingat namanya tetapi rupanya lebih kurang macam lukisanku di bawah.




Tidak ketinggalan rangka Tyranassaurus Rex atau T- Rex. Rangka T-Rex ini disaluti kulit dan digerakkan (motorised) seperti binatang yang betul-betul hidup. Muzium ini terdapat banyak bahagian tetapi bahagian dinosor inilah yang paling digemari oleh kanak-kanak. Jangan kata kanak-kanak, akupun sukakan bahagian ini!


The huge dinosaur's skeleton at the main exhibition area.

Selain bahagian dinosor ini, terdapat banyak lagi bahagian lain yang bersangkut-paut dengan alam semula jadi, seperti bahagian mamalia, asal-usul kejadian bumi, bahagian manusia, batu-batan, bahagian teori evolusi Darwin dan bahagian serangga.

Terlalu banyak benda nak dilihat di sini dan aku merasakan yang satu hari tidak mencukupi untuk dihabiskan kesemuanya. Aku tertarik dengan sekeping potongan pokok 'sequia' yang begitu besar yang diletakan di hujung bangunan muzium ini. Diameter pokok ini lebih dari 20 kaki, dan melihat kepada bulatan atau 'ring' pokok ini, ia mula tumbuh lebih kurang 500 tahun sebelum kedatangan Islam- menakjubkan! Banyak betul ilmu yang dapat ditimba di muzium ini.

Apabila aku melihat ramai kanak-kanak melawat dan mempelajari banyak benda di muzium ini, aku terasa betapa bertuahnya mereka. Sedangkan aku, setelah berumur 40 tahun, baru dapat sampai ke sini! Di sini timbulah satu keinginan untuk aku membawa anak-anak aku ke sini satu hari nanti. InsyaAllah!

Sedar tak sedar aku menghabiskan satu hari suntuk di muzium ini.

Aku meningalkan muzium dan berputar-putar di bandar South Kensington .
Bandarnya sungguh cantik. Bangunannya menarik dan tersusun indah dan tidak mempunyai bangunan-bangunan tinggi.

Di bandar ini juga terdapat Royal Albert Hall, tempat Allahyarham Sudirman memenangi anugerah penghibur Asia nombor satu pada suatu masa dahulu. Aku tidak sempat mencari tempatnya kerana hari sudah lewat petang. South Kensington ini merupakan bandar yang mempunyai banyak muzium dan galeri seni.

Di subway aku membeli sebuah komikBeano yang menjadi kegemaranku sewaktu zaman kanak-kanak aku dulu. Bukannya apa, kalau dahulu, aku hanya dapat membeli komik yang tarikhnya tiga atau empat bulan ke belakang tetapi di sini aku boleh dapat membeli komik keluaran minggu ini juga. One is for nostalgic reason, dan lagi satu kerana tarikhnya sama dengan waktu aku berada di London ini.

Aku tamatkan lawatan hari kedua aku di London ini dengan berhenti di Embankment untuk membeli sedikit cenderamata. Aku kembali di Westferry sekitar jam 6.00 petang.


View from Akmal's room at Westferry.

No comments:

Post a Comment