Sunday, August 2, 2009

EURO2 : Jumaat 22 Mac 02 : London

Pagi ini Takashi akan keluar untuk berpindah ke hostel lain. Aku pula ingin menambah sewaan bilik tetapi diberitahu bahawa aku harus ditukarkan ke bilik lain. Aku tidak berapa suka walaupun dengan kadar sewa yang lebih murah.

Aku menelefon Malaysian Airline untuk cornfirm penerbanganku ke Malaysia. Aku sanggup ke London dengan keretapi asalkan aku boleh berada di London buat beberapa hari. Lagi pula aku ingin bertemu dengan anak saudaraku Akmal. Aku juga sudah mula gelisah berada di Paris terutama di hostel dan kawasan ini.

Aku tangguhkan booking hostel dan terus ke stesen keretapi Garde Norde untuk menempah tiket tren ke London. Aku juga harus kembali ke hostel untuk mengambil begku sebelum jam 11.00 pagi.


Garde Norde station, Paris. I took this two station pictures from the Net. I do not have any photo taken at this time but the scene is very close to what I have encountered.

Di stesen aku terkejut kerana tiket tren Paris ke London satu hala lebih mahal dari tiket dua hala. Sehala berharga 240 euro manakala dua hala berharga 145 euro.
Aku termangu-mangu sebentar di stesen kerana duitku hanya tinggal 200 euro sahaja lagi. Sekali lagi aku berada dalam keadaan yang memerlukan aku membuat keputusan yang pantas.

Akhirnya aku bertekad untuk membeli juga tiket kerana aku sudah tidak berapa senang lagi berada di Paris, walaupun Paris menjadi impianku sejak dari dahulu lagi. Kota Paris akan menjadi menarik untuk orang yang banyak wang. Tidak apalah, paling tidak aku dah sampai dan melihat-lihat tempat yang penting bagiku. Aah... nanti ada rezeki boleh datang lagi!

Aku mengambil Metro dan segera he hostel untuk mengemas dan mengambil beg. Tren Eurostar ke London akan bertolak pada jam 1.30 tengahari. Aku dah tidak ada masa lagi untuk melawat Montmarte untuk mendapatkan cenderamata. Jam 11.00 pagi aku keluar dari hostel dan mengambil Metro ke Garde Norde semula.


Takashi's e-mail and address

Sebelum check-in di imigresyen Garde Norde, aku berehat sebentar di ruangan menunggu sambil minum air oren tin yang kubeli dari sebuah vending machine. Di sini terdapat ramai pengemis berbangsa Gipsi. Ramai yang mendukung anak kecil sambil mengemis. Aku tak berani untuk memberi wang, takut nanti lagi ramai yang datang.

Seorang pengemis wanita ternampak aku sedang merokok lalu datang kepadaku. Dia meminta lalu aku memberinya sebatang. Terus seorang lagi pula datang hendakkan rokokku.

Ramai pengemis kanak-kanak yang menghampiriku untuk meminta wang. Aku tidak mempedulikan sangat, tetapi apabila seorang kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan Fathanah, anakku, datang menadah tangan dengan pandangan sayu yang tepat pada mataku, aku tak boleh tahan lagi kerana terasa begitu sebak di dalam hati. Akupun memberi sedikit wang syiling kepadanya. Apa lagi, seterusnya ramailah yang datang berlari kepadaku menadah tangan sehingga habis wang syiling yang ada. Akhir sekali seorang kanak-kanak lelaki berumur linkungan lapan tahun menghulur tangan. Aku memberitahu yang aku sudah kehabisan wang, lalu dia menunjukkan ke arah air tin pada tanganku. Aku memberikan air tin itu kepadanya lalu diambilnya, tetapi dari jauh aku nampak dia dimarahi oleh kakaknya kerana meminta minuman yang aku sedang minum.

Aku check-in di imigresyen jam 11.45 pagi. Bila pegawainya melihat paspotku, mereka tertawa dan bercakap sesuatu sambil tersenyum. Aku tak faham tapi aku senyum kembali. Rupa-rupanya dia bertanya 'how are you?', tapi kedengarannya seperti 'hawaya'.
Di sebuah lagi kaunter, paspotku diimbas dan pegawainya bertanya dengan serius; 'Why do you want to go to London?' Aku menjawab, 'I want to see my nephew'. 'How long will you stay in London?' Aku jawab, 'one week'. 'After London, where do you want to go?'. Aku jawab, 'back to Malaysia' sambil mengerakkan tanganku macam kapalterbang. Yang seorang ni serius habis, langsung tak senyum. Selepas itu dia bertanyakan pekerjaanku lalu mengecop paspotku kemudian membenarkan aku masuk. Begku pula diimbas. Aku sengaja tidak membuang seikat berus lukisanku walaupun berus murah, kerana berus lukisan adalah 'lesen' atau 'paspot' yang paling besar di mana-mana imigresyen di Eropah ini!

Di dalam ruang menunggu aku membeli tuna sandwich dan sebotol minuman oren, makanan pertamaku untuk hari ini. Aku juga membeli beberapa rantai kunci berbentuk Eifel Tower, tetapi harganya dua kali ganda dari harga di luar. Aku membelinya juga kerana ini sajalah kenangan dari Paris selain jaket kulit mahal.

Jam 1.00 tengahari kami dibenarkan masuk ke platform tren Eurostar. Seperti selalu, Eurostar moden dan bersih. Aku duduk bersebelahan seorang wanita Peranchis yang sentiasa membaca buku. Di hadapan kami terdapat tiga orang gay Peranchis yang bercakap dan ketawa dengan begitu kuat sekali. Menyampah I, you...!



Paris Garde Norde to Waterloo station, London .
Keretapi ekspres meluncur dengan laju meninggalkan kota Paris. Merci Paree !
Perjalanan ke London mengambil masa lebih kurang tiga jam. Pantas betul!
Di pertengahn perjalanan, tren memasuki sebuah terowong di bawah laut selat Inggeris. Di luar gelap selama 25 minit. Aku perhatikan penumpang menjadi lebih senyap dan ramai yang bergerak ke koc kantin untuk membeli makanan.

Terowong ini menyambungkan tanah Perancis dan Inggeris dan membuatkan perjalanan dari Paris ke London lebih cepat. Dahulunya hanya terdapat laluan laut atau udara sahaja.

Setelah keluar dari terowong, aku dapati yang kami sudahpun berada di bumi Inggeris.
Walaupun muka buminya lebih kurang sama dengan Perancis, tetapi terdapat satu perasaan yang familliar kerana tulisan- tulisan di papan-papan tandanya sudah boleh difahami. Terasa macam balik ke negeri sendiri pula! Tren melintasi bandar Bromley. Teringat aku pada lagu Sohaimi Mior Hassan - Epilog cinta dari Bromley.

Bumi Inggeris inipun cantik dan bersih. Terdapat ladang-ladang dan kambing biri-biri. Aku teringat pada sahabatku Sanusi atau Jin yang tinggal di Portsmouth, tapi sayang aku tidak ada alamat dan nombor telefonnya.


Tren tiba di stesen Waterloo London jam 3.00 petang. Aku teringatkan lagu kumpulan Abba berjudul Waterloo.

Aku memijak bumi London dengan hanya berbekalkan wang 40 euro dan nombor telefon Akmal. Kalau nombor telefon yang emak dia bagi ini salah, habis aku! Gila betul aku ni, bila kufikir-fikirkan. Berani mengambil risiko sebegini. Mengapa tak aku ambil alamatnya sekali!

Aku keluar dari stesen untuk meneliti sekeliling sambil merokok. Udara London lebih sejuk. Aku
masuk kembali ke stesen dan cuba menelefon Akmal. Woi! matawang poundlah! Euro tak boleh pakai lagi! Macam mana ni? Aku lalu mencari pengurup wang dan menghulur wang 40 euro aku yang terakhir. Aku dapat 21 pound lebih kurang. Aku memberitahu yang aku perlu 'syiling' untuk menelefon. Orang di kaunter itu melihatku kehairanan, mungkin mereka dah lama tak mendengar perkataan syiling digunakan.

Ake menelefon Akmal, tapi tiada jawapan. Mungkin dia belum pulang kerja kerana baru jam 3.00 petang. Aku tinggalkan pesanan di mesin jawapannya, mengatakan yang aku sudah berada di London dan akan menelefonnya semula. At least nombor telefon ni betul. Aku menyimpan ker
tas yang terrtera nombor telefon ini baik-baik kerana inilah sahaja 'talian hayat' yang tinggal.


Waterloo station, London

Aku naik ke lobi utama stesen. Manusia punyalah ramai. Aku meletakkan beg dan berehat di kerusi menunggu sambil memerhatikan orang ramai. Berbagai bangsa; Afrika, Cina, Jepun, Thai pun ada! Benggali, Pakistan... Manusia berambut ala mohican, bertatu merata badan, bersubang di hidung, di mata, di bibir. Segala jenis manusia, yang membawa anjing, basikal dan yang membawa memerang pun ada! Yang memakai jaket, pakai mini skirt, pakai seluar pendek dan yang bersinglet sahaja juga ada.

Aku akan menunggu sehingga jam 5.30 petang sebelum menelefon Akmal semula. Ada promosi kopi percuma - aku bedal. Nak ke tandas, harganya 20 pence - rm 1.20 - gila!
Di sini barulah aku ternampak muka Melayu. Ada gadis bertudung batik, ingin kutegur tapi begitu laju jalannya.

Begku, kuletakkan jauh sedikit dari tempat dudukku. Rupa-rupanya ia telah menimbulkan keresahan pada seorang gadis Inggeris bersebelahan. Akhirnya dia bertanyaku sama ada beg itu kepunyaanku. Aku mengaku dan dia berasa begitu lega. Rupa-rupanya dia takut ada bom di dalam beg itu. (Kemudiannya aku menceritakan kepada Akmal tentang insiden ini. Akmal memberitahuku jikalau didapati beg yang tidak bertuan, mereka akan ambil dan terus dimusnahkan. Nasib baik!)

Dalam pada menunggu, dua orang gadis berwajah Melayu datang duduk di sebelahku. Aku menyapa dan bertanya sama ada mereka orang Malaysia. Salah seorang menjawab, 'No! I'm Indonesian'. Aku meminta maaf kerana aku ingat dia Malaysian kerana wajahnya mirip orang Malaysia. Dia menjawab dalam telo Indonesia; "Kan Malaysia dan Indonesia sama!" Aku pun berbual-bual dengannya kerana sudah lama gian nak cakap Melayu tapi slang akupun dah berbunyi ala-ala Indonesia!

Dia berasal dari Bogor, Jakarta dan sedang menuntut di London. Aku menceritakan yang aku pernah ke Jakarta dan sekarang ini putar-putar di Eropah, baru tiba dari Paris jam setengah tiga... Ewah...! Kami berbual lagi, mungkin sama-sama rindukan bahasa nusantara ini.
"Permisi !", dia meminta diri dan temannya menjeling padaku... Aduuuhh...! manis dong...!

Sekitar jam 5.00 petang, aku menelefon Akmal. Ada jawapan. Kakak room matenya yang menjawab, memberitahu yang Akmal belum sampai lagi. Aku meninggalkan pesan bahawa, aku Unclenya
dari Malaysia, baru sampai di London dan akan menelefon semula setengah jam lagi.
Lapar - aku beli snickers - 40 pence.

Jam 5.50 petang, aku menelefon lagi. Akmal yang menjawab panggilan. Fuh! Lega! Punyalah seronok mendengar suara dia. Diapun gembira juga dan sedikit terkejut walaupun sudah diberitahu oleh ibunya, kerana ketibaanku lebih awal dari yang dijangkakan.

Akmal menyuruh aku supaya menunggu sehingga dia datang menjemputku. Aku kesian juga kerana dia baru balik dari kerja, tentu keletihan.

Aku berasa amat lega. At last, anak buahku akan datang menjemputku. Akmal tiba lebih kurang setengah jam kemudian. Punyalah gembira aku bertemunya. Dia seakan tidak percaya dapat bersama denganku di London ini.

Kami mengambil London Underground, tren bawah tanah macam metro di Paris tapi di sini dikenali dengan panggilan 'tube'.

Akmal sudah lima tahun di London, anak kedua kepada kakakku yang tinggal di Shah Alam. Akmal baru tamat pengajian Seni bina dan sekarang bekerja di sini. Akupun sudah lama tak berjumpa dengannya walupun dia selalu pulang ke Malaysia.

Kami menukar tube dan tiba di apartmentnya yang terletak di Westferry di sebelah timur London. Dia menyewa bersama dua orang lagi teman, juga anak Malaysia yang terus bekerja di London setelah tamat pengajian.

Setelah berehat, aku mandi dan mereka menjamu aku nasi dengan lauk yang dimasak oleh kakak temannya. Barulah aku dapat merasa nasi dan masakan Melayu setelah 15 hari di benua Eropah ini. Kami berbual sedikit dan aku tidur di bilik Akmal manakala dia tidur di ruang tamu.
Udara di London lebih sejuk. Hidungku mula berair.

4 comments:

  1. Phuh! Cemas betul. Mmg keje giler. Kalau kat M'sia okay lagi...nasib baik Akmal ada! Saya pun dulu masa bujang pernah buat keje giler, nak balik Bangi, sampai Pudu tak cukup duit tambang nak naik bas yg terakhir (bas tu pulak dah start enjin nak jalan). Tak cukup 10 sen je! Saya mintak kat sorang kakak tu, dia tengok saya atas bawah! Mujur dia bagi.....hahahahah! Terus saya berlari naik bas......

    ReplyDelete
  2. Tak dapat saya nak bayangkan apa akan terjadi jika saya terhilang nombor telefon Akmal. Thanks again for following . Regards to Ayang hubby.

    ReplyDelete
  3. pengalaman yang hebat...bro beli tiket train ke london harga 240 euro ke?
    No telefon aweks indon bro tak mintak ke he2..

    ReplyDelete
  4. Aris, tiket tren ke London berharga 145 euro pergi dan balik.tiket yang tertera di atas hanya laluan pergi. tiket laluan balik saya beri pada Akmal. tak tahulah samaada dia gunakanya atau tidak.Kalau nak beli satu haluan sahaja berharga 240 euro.

    tak mintak,...heee...

    ReplyDelete