Sunday, August 2, 2009

EURO2 : Sabtu 23 Mac 02 : London 1

Akmal dan teman-temannya cuti hari ini. Mereka semua lepak saja di rumah. Aku pula rehat habis. Terasa macam sampai di satu stesen rehat dalam maraton yang panjang setelah dua minggu on the road. Aku mula rasa tak sedap badan, macam nak demam.
Hairan aku, sebelum ini pun makan tidur lebih kurang sahaja tapi tak ada apa-apapun. Mungkin udara London lebih sejuk atau tubuh aku mula nak berehat, dan segala harungan yang aku lalui selama ini mula memberi kesan kepadaku.


The body is taking its toll after reaching a stop point.

Tengahari tadi aku tertidur selepas makan. Aku bermimpi yang aku sudahpun pulang ke Malaysia dan ditertawakan oleh teman-teman pelukis di Conlay kerana pulang lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Aku agak aku sudah mula homesick. Tadi aku ada menelefon anak dan isteri, memberitahu mereka bahawa aku sudah berada di London dan akan pulang tidak lama lagi. Aku sudah mula merindui mereka especially my little baby Najaa...

Seminggu lagi dapatlah aku berjumpa dengan mereka. Aku sudah mula menghitung hari. Lagipun aku takut aku akan membebankan Akmal.


This is my nephew Akmal. He is preparing some food for me on the first night at his apartment.

Pada sebelah petang aku mengikut Akmal ke sebuah pasar raya berhampiran. Memang udara London sejuk walaupun matahari bersinar cerah. Kami ke sana kerana ingin membeli sehelai tuala kerana aku telah meninggalkan tualaku di Paris.

Di sana kami terpisah sebab pengunjung terlalu ramai. Aku menunggunya di luar pasar raya. Setelah lama menunggu, aku pun pulang bersendirian. Rupa-rupanya Akmal pula sibuk mencari aku di sana kerana dia ingat aku telah hilang. Hinggakan Akmal membuat pengumuman di pasar raya tersebut untuk mencariku.

Di apartmentnya, aku tidak dapat masuk sebab tidak tahu nombor rumahnya. Pagar otomatik dikunci. Pengunjung harus tekan butang loceng supaya tuan rumah membukanya dari atas.

Udara di luar begitu sejuk sekali. Hidungku dah mula terasa pedih. Aku terpaksa menunggu di luar sehingga ada orang nak masuk, baru aku boleh ikut masuk.
Kasihan Akmal. Dia ingat unclenya dah hilang. Akhirnya dia menelefon rumah bertanyakan sama ada aku sudah sampai sebelum dia sendiri balik. Aku terasa amat bersalah.

Malam ini hidung aku meleleh habis bahana berada terlalu lama di luar siang tadi. Aku menelan panadol sebelum tidur tetapi hidungku tetap tidak berhenti-henti meleleh.

Keesokan harinya barulah aku diberitahu yang Akmal terlupa untuk memasang heater di bilik tidurku.

2 comments:

  1. hahaha...kena buat announcement kehilangan uncle tu...biasa orang kehilangan anak...
    muka akmal tu macam pelakun pelem la..Fahrin,dia masih di london lagi ke..

    ReplyDelete
  2. Kesian Akmal, Dia risau habis. Dia mesti pening memikirkan macam mana nak menjawap pada keluarga di Malaysia. Saya bukan apa, nak tunjuk terror yang saya boleh balik sendiri...heee...

    Cerita mengenai Akmal akan saya tulis pada penghujung jurnal ini. Tungguuu...

    ReplyDelete