Hari ini cuti Easter. Akmal cuti. Anak buah aku seorang ini layan aku habis; dia memasak dan buat minuman untukku setiap malam dan hari ini dia akan membawa aku bersiar-siar di London sebab sebelum ini dia tidak berkesempatan kerana berkerja.
Jam 11.00 pagi kami keluar berjalan kaki ke Canary Wharf melalui tebing sungai yang cantik berhampiran WestFerry.
Di Canary Wharf kami mengambil tube line Jubilee; line yang paling baru dan yang paling dalam di bawah tanah.
Kami turun di Westminster dan berjalan kaki ke Parlimen tempat terdirinya Big Ben, menara jam yang menjadi salah satu ikon Kota London.
Big Ben
Hari ini cuacanya baik dan cerah. Cuti pula, jadi ramailah orang di kota London ini.
Akmal sengaja membawa aku ke tempat-tempat masyhur yang belum aku lawati.
Hari ini dapatlah dia menolong mengambil gambar untukku.
In front of Big Ben, and with London Eye in the backgroud
The crowd of tourist in front of Buckingham Palace
Dari Parlimen kami berjalan ke Buckingham Palace, Istana Queen Elizabeth. Ramai pengunjung di sini terutama pelancong.
In front of the Malay States Column
Basking under the London sun
Kami kemudian mengambil tube ke South Kensington. Aku sudah sampai di sini pada hari kedua aku di London dulu. Di sini Akmal membawa aku ke sebuah kedai dan mejamu aku dengan kebab yang begitu lazat.
Selepas makan kami berjalan ke Sloan Square, tempat membeli-belah golongan orang-orang kaya. Kami melalui perumahan kelas atasan. Terdapat banyak kereta-kereta mewah bersepah di tepi-tepi jalan. Porsche, Ferrari, Lotus, TransAm, Jaguar dan macam-macam lagi kereta eksotik.
Kami mengambil tube semula dan turun di Convent Garden, sebuah lagi tempat yang terkenal. Di sini ada China Town. Tempatnya sedikit kotor dan berbau. Di Convent Garden ini pengunjungnya lebih ramai. Terdapat ramai baskers dan street performer di sini. Ada yang berlagak seperti patung, robot, badut dan ada yang berjimnastik. Ramai juga yang menyanyi dan bermain muzik.
Sekali pandang kepada kumpulan orang ramai yang berkerumun ini tak ubah seperti penjual ubat di Chow Kit dan di Masjid India di KL. Aku tidaklah dapat melihat apa-apa kerana aku rendah.
Di Convent Garden ini juga terdapat bekas pasar yang diubahsuai menjadi tempat menjual barangan-barangan kraftangan seperti Central Market di KL. Di sini lah tempat 'Mat Salleh' dan pelancong melepak.
Aku dah penat berjalan dan mengajak Akmal pulang. Lagipun aku harus berehat sebab besok harus bangun awal untuk ke Heathrow Airport. Tapi ada satu lagi tempat yang ingin aku lawati iaitu Tower Bridge. Bukan apa, aku mahu bergambar dengan berlatar-belakangkan Tower Bridge. Sebab kalau dalam filem Malaysia; nak tunjukkan bahawa sudah berada di London mesti ada scene ini!
With Akmal
With the crowd
At the bank of River Thames
Along The Thames
Crossing Tower Bridge
Kami turun di Tower Hill, berhampiran dengan sungai Thames dan berjalan menyeberangi Tower Bridge ini. Tower Bridge ini memang unik kerana mempunyai dua menara cantik di tengah-tengahnyanya. Jalan yang di tengah-tengah itu boleh diangkat untuk memberi laluan kepada kapal yang besar.
Another compulsory shot.
Setelah mengambil gambar dan berehat sebentar di tebing Thames, kami pun mengambil tube di London Bridge untuk pulang ke Westferry.
Tamatlah lawatan aku di kota London ini selama seminggu.
An interesting sculpture at a road side in Westferry
In front of Akmal's apartment at Westferry
Malam ini adalah malam terakhir aku di London.
Besok aku akan mengambil penerbangan jam 10.30 pagi ke KL.
Dengan ini sampailah aku ke penghujung pengembaraan aku merentasi Eropah. Kembara yang mengambil masa selama dua puluh tiga hari dan merentasi tiga buah negara.
Wajah isteri dan anak-anak sudah mula bermain di fikiranku.
Walaupun pun tidak sampai sebulan aku meninggalkan Malaysia; bagiku terasa seperti sudah begitu lama sekali.
Well..., Good-bye Europe. Good night LONDON!
Shukri
10.15 malam waktu UK
Jumaat 29/03/02.
Saturday, August 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Good day, Malaysia!
ReplyDeleteDi belakang Buckingham Palace juga ada lagi satu column dedikasi askar-askar Malaya. Kamu ada ambil gambar tak?
Column memorial itu pun ada nama Singapura, India, Kong Kong, etc...
Dekat sana pun ada Wellington Arch, lagi dua war memorial yang istimewa. Satu untuk Australia, lagi satu untuk New Zealand.
terima kasih LC.
ReplyDeleteTak. saya tak banyak bergambar di sini.
Lain kali kalau saya kesana, saya mesti ajak LC tunjuk tempat tempat menarik.Saya suka gambar gambar LC di Venice.
Tower Bridge...memang tempat wajib ambik gambar... pasal lagu London Bridge masa kanak2 yang buat kita misti ke situ bila sampai di london
ReplyDeleteAgaknya la Aris...
ReplyDeleteSaya pun mula2 ingat tower bridge tu lah london bridge, rupa2nya london bridge yang lain- tak ada apa cuma jalan biasa saja merentasi sungai Thames. Tapi mengikut sejarah dalam muzium London, ianya memang jambatan yang lama dan penuh bersejarah.