Monday, July 20, 2009
EURO2 : Ahad 10 Mac 02 : Firenze
This is the first photo shot of my travel, snuggling before venturing out.
Di sini aku selalu bangun awal, sekitar jam5.00 pagi dan bersarapan linkungan 7.00 hingga 10.00 pagi. Aku akan makan secukupnya, cornflake, roti, yogurt dan cheese beserta kopi. Aku juga tidak ketinggalan mengambil bekal ke bilik.
Hari ini aku keluar jam 8.30 pagi, tapi terpaksa masuk semula ke bilik sebab cuaca hari ini lebih sejuk terutama jika berbasikal.
Hari ini aku bersyukur kerana membawa jaket North Face yang dipinjamkan oleh adik ipar aku Riza, sebab rupa-rupanya jaket denim tidak memadai. Sewaan basikal masih ada sehingga 12.00 tengahari, jadi aku ingat nak ronda habis habisan. Aku pergi ke Duomo semula, yang merupakan salah satu ikon tersohor seni bina Florence.Pagi- pagi lagi dah ramai pelancong membanjiri kawasan ini. Aku meminta seorang gadis Jepun mengambil gambarku. Aku dapati ramai sekali pelancong Jepun terutama yang berkumpulan.
the Duomo , one of the city's attraction and icon
Cycling around the 'Doumo'
Aku kemudian ke Badia, Bargello (National Musuem) Palazzo Vechio,Organa's Loggia dan Ufizzi. Semua ini adalah bangunan- bangunan lama yang turut menjadi tarikan pelancong. Seni bina lama ini menarik dan dipenuhi dengan patung- patung manusia yang telanjang yang diukir dari marmar dan tembaga. Aku tidak masuk ke dalam bangunan- bangunan lama ini walaupun pelukis yang mengikuti program ini boleh masuk dengan percuma. Barisan pengunjung yang terlalu panjang menyebabkan aku naik malas hendak ikut beratur. Lagi pula aku masih ada banyak hari lagi di sini. Aku melihat-lihat dari luar sahaja.
Aku ke Ponte Vechio sekali lagi. Jambatan yang masyhur, dan merupakan satu lagi seni bena ikonik bagi Florence. Aku pernah melihatnya dalam beberapa artikel sebelum ke sini. Inilah salah satu perasaan ajaib yang kita tempuhi apabila melawat negara lain, iaitu bersemuka dengan ikon- ikon yang hanya dilihat sebelum ini di dalam media sahaja.
posing on bike, with the famous Ponte Vechio in the background.
Ponte Vechio ini merentangi sungai Arno dan terdapat kedai kedai menjual emas di atasnya.
'Lungarno' or along the Arno river
Kemudian aku ke Pitti Palace, satu lagi bangunan lama yang besar terletak di atas bukit. Yang menariknya kesemua bangunan lama yang kulihat sepanjang aku berada di sini diperbuat daripada ketulan batu. Walaupun telah dibina beratus tahun dahulu, ia tetap utuh hingga ke hari ini tanpa memerlukan sebarang pembaik pulihan. Di luarnya terdapat ramai pelukis jalanan dan ini mengingatkan aku pada teman- teman aku di perkampungan pelukis di jalan Conlay.
In front of Pitti Palace
Pitti Palace, grandios and element..
View of Uffizi
Aku mencari Acedamy of Fine Arts di Piazza San Marco. Berkesempatan melawat pameran karya pelajarnya. Biasa saja karya mereka bagiku. Di sini pelajar- pelajarnya becumbu di tepi jalan.
Aku memasuki segala lorong kerana hendak menghabiskan sewaan basikal. Aku dah mula mengenali jalan- jalan kerana Florence ni, taklah besar sangat. Pukul 12.oo tengah hari aku memulangkan basikal dan balik ke hotel. Aku tertidur sehingga pukul 5.00 petang dan terjaga dengan perut yang lapar. Keluar mencari pengalas perut di Mc D. Begitu ramai pengunjung restoran ini, terutama dalam kalangan pelancong kerana ianya murah daripada makanan Italy. Mc D di sini terdapat burger daging babi dan juga beer. Fileto dan apple pie saja untuk aku, 5 euro.
Malam ini aku duduk di bilik sahaja. Sudah dua hari di sini dan aku belum lagi memulakan painting aku. Tonton tv dan terus tertidur.
the Duomo view from a nearby alley
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pemandangan yang cantik dan cerita yang menarik
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteBoleh buat buku untuk tatapan anak cucu...(serius ni)
ReplyDeletethanks ASW
ReplyDelete