Sunday, July 26, 2009

EURO2 : Sabtu 16 Mac 02 : Final Night in Firenze

Pagi ini aku bangun dengan perasaan yang amat low kerana masih kecewa dengan keputusan pertandingan semalam. Aku rasa macam ingin terus pulang sahaja dan lupakan tentang niat aku untuk mengembara ke Paris.

Di meja sarapan aku dan Larry masih merungut dan tidak berpuas hati atas keputusan pengadil. Kami sependapat bahawa pengadil bersikap bias kerana masih terdapat banyak lagi lukisan yang bagus-bagus. Bukan kami bersikap seperti musang tak dapatkan anggur, tetapi kami merasakan mereka sepatutnya menilai lukisan dan bukan siapa pelukisnya.

Walau bagaimanapun, Larry dan aku membuat conclusion bahawa pertandingan melukis ini , sama sahaja dalam mana-mana pertandingan; sesiapa yang pandai menonjolkan diri, dialah yang akan menarik perhatian pengadil. Kami juga turut kesal kerana tidak melukis mengikut kehendak hati kerana terlalu inginkan kemenangan. Lukisan kami akhirnya menjadi terlalu rigid dan terkongkong.

Apapun, kami mengubati hati kami dengan banyak berseloroh. Larry mengajar aku dengan satu pepatah Ghana: 'What is money to a coacroach' yang bermaksud lebih kurang, apa nilainya duit kepada yang tidak memerlukan. "Masalahnya Larry, aku bukan coacroach."

Kami menghabiskan hari dengan last minute shopping, mencari cenderahati untuk dibawa pulang. Banyak benda yang cantik-cantik yang ingin aku belikan, tetapi kewanganku terhad. Di Florence ini, banyak terdapat barangan yang diperbuat daripada kulit, tetapi banyak juga yang datang dari negeri Cina. Kain-kainnya juga indah dan menawan. Aku mendapatkan beberapa helai kain skaf sahaja untuk isteri dan teman-teman.

Kami kemudian ke Brunelleschi Square semula untuk mengambil lukisan yang kami lukis semalam tetapi ianya telah dibawa ke pejabat organiser. Besok hari minggu, cuti, pejabat tutup, jadi tak dapatlah aku mengambil lukisanku kerana aku akan bertolak ke Venice. Aku meninggalkan pesanan supaya lukisan aku dihadiahkan kepada Nadia.
Lukisan yang satu lagi, aku tanggalkan dari stretcher dan digulung untuk kubawa pulang ke Malaysia.

Aku telahpun menempah tiket keretapi ke Venice pagi tadi. Tiketnya berharga 26.00 euro dan akan berlepas jam 12.30 tengahari besok. Petang itu aku keluar lagi ke bazar berdekatan dengan hotel untuk menbeli lagi buah tangan untuk anak-anak dan isteriku.

Di bilik, aku menghabiskan nilai fonkad aku dengan menelefon rumah. Aku memberitahu mereka tentang keputusan pertandingan. Mujurlah isteriku faham dengan apa yang ku rasai, dan memberi semangat supaya teruskan niat aku untuk ke Paris.

Anak-anak; "I miss you all very much"

Aku menghabiskan malam terakhir aku di Florence dengan merenung kembali pengalamanku selama sepuluh hari dan sembilan malam di kota bersejarah yang begitu asing bagiku sebelum ini. Selamat malam Florence.

No comments:

Post a Comment