Wednesday, July 22, 2009

EURO2 : Tuesday 12 Mac 02 : Firenze


view from the window in my room at Castri Hotel

Sarapan di kafe hotel seperti biasa. Aku sangat gemarkan croissant, begitu lembut dan sedap. Larry sudah ada di sana. Aku mengajak dia keluar bersama. Kami ke sebuah kedai art material yang menawarkan potongan harga kepada peserta pertandingan. Tetapi aku tidak membeli apa-apa kerana harganya terlalu mahal.


Inilah Larry, pelukis dari Ghana, satu-satunya kawan baik aku di Florence.

Kami ke tempat yang aku lawati semalam. Tujuannya untuk menghabiskan filem di dalam kamera supaya fotonya dapat ku jadikan sedikit panduan untuk melukis. Lagipun ada Larry untuk merakamkan gambar aku di Florence.

Seperti biasa, Duomo sebagai titik mula.


Persekitaran berhampiran Duomo


Sebuah arca klasik dari marmar di laman Ufizzi. Kebanyakan arca figura manusia di sini adalah figura lelaki


Lagi pos berlatarbelakangkan Ponte Vechio.


Ponte Vechio merentangi Arno


posing lagi..


Di atas jambatan Ponte Vechio


Inilah jambatan Ponte Vechio. Di atas jambatan ini terdapat bangunan yang dibina di sepanjang-panjang jambatan, tetapi sebelah sahaja. Bangunan itu menempatkan kedai- kedai barangan hiasan emas.



Seperti selalu, selepas menyeberangi Arno, kami ke Palazzo Pitti. Di sana terdapat Musuem Of Modern Art. Tiket masuk berharga 8.00 euro. Kami tidak masuk kerana untuk traveller macam kami, harganya mahal. Kami merungut juga sebab kad peserta kami tidak laku.
Pada hal pada hari penerangan tentang pertandingan kami telah diberitahu yang kad peserta kami boleh mendapat diskaun untuk tempat- tempat sebegini.

Kami menyeberangi jalan untuk pergi ke bangunan yang sedang mempamerkan karya pelukis Salvado Dali. Di sini kad kami layak mendapat potongan harga. Tiket masuk asalnya berharga 7.50 euro, tetapi kami hanya perlu membayarnya pada harga 5.10 euro sahaja.



Terdapat banyak karya seni cetak atau printworks, selain sketsa dan arca oleh Dali. Aku
berasa agak berbaloi sebab dapat menyaksikan banyak karya yang tak pernah dilihat dalam mana-mana buku sebelum ini. Teramatlah banyak kerja Si Dali ini. Dali bukan saja pelukis 'gila' tetapi seorang pengkarya yang amat produktif sekali.


Tiket pameran dan sketsa aku tentang salah satu arca Dali yang menarik perhatianku.


Bergambar bersama arca Salvado Dali, pelukis surealis tersohor dari Sepanyol.


Terdapat buskers dalam berbagai bentuk seni di Florence


Jalan berhampiran hotel Castri, tempat penginapanku.

Balik ke bilik, aku develop roll filemku yang pertama untuk dijadikan reference melukis. Aku juga sebenarnya hendak pastikan bahawa kamera murahku boleh diharap. Harga untuk develop dan print adalah 13.00 euro dan saiz fotonya agak besar daripada saiz standard print.

Aku bertekad untuk memulakan painting aku petang ini juga sebab tempoh untuk penghantaran adalah pada petang esoknya.

Tengah hari ini aku hanya makan kacang dan snickers.

Pukul 2.00 petang aku mula melukis...at last. Aku melukis gambaran Duomo dan arca David. Pertandingan ini adalah untuk mempromosikan bandar Florence dan kami dikehendaki menggambarkan ikon- ikon Florence. Total abstract is out of the question.

Jam 6.00 petang, aku keluar mencari makan malam, kerana bercadang untuk stay-up dan menyiapkan lukisan. Lagipun dah terlebih tidur semalam. Aku membeli nasi goreng kantonis di restoran Cina berhampiran, ayamnya aku tolak tepi, apa nak buat, kira darurat jugalah ni. Aku dah kemaruk nasi. Dah seminggu tak jamah nasi... perut melayu...

Di bilik aku sambung melukis. Gaya lukisanku, ekspresionis, sama ada dari segi teknik sapuan mahupun warna. Kanvasnya terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan saiz yang menjadi kebiasaanku. Aku tak mengikut warna alam Florence tapi lebih kepada warna perasaanku terhadap kota ini selama beberapa hari aku di sini. Doakan kejayaanku.
Jam 12.00 malam tertidur. Nak stay-up konon!

No comments:

Post a Comment