Aku bangun pukul 5.00 pagi- breakfast pukul 7.00, lepas mandi aku turun,(no bilik 226, 2nd floor) dan tanya baggage aku- belum sampai.
Breakfast..makan roti yang luarnya keras tapi lembut di dalam, cereal dengan susu, cheese dan kopi. Aku ambil epal, roti, honey dan biskut- simpan dalam beg. Aku tengok Mat Salleh pun buat macam tu.(ikut nasihat Shima). Aku makan cukup cukup.
Lepas breakfast aku jalan cari office 'Catherina De Medici'(organiser) dekat Lungarno Colombo, ikut peta, jauh juga.
Pagi ini baru aku dapat lihat Florence dengan dekat. Aku tengok 'S.Maria Del Fiore' atau 'Duomo' yang famous tu. Semalam sebelum landing dekat Florence, aku dah nampak dari atas kapalterbang; aku senyum seorang diri, sebab sebelum ni aku tengok dalam brochure. Bandar Florence ni,penuh dengan bangunan lama, bangunan tak tinggi tapi jalan antara bangunan kecil. Jalan nya banyak dibuat dengan batu- classic betul.
Aku cari sungai 'Arno' yang melintang bandar Florence, sebab jalan yang aku cari, tepi sungai.
Di jalan, banyak orang jalan kaki, naik basikal dan scooter. Kereta banyak 'Fiat' tak ada kereta Jepun.
Mula mula keluar dari hotel,aku rasa tak berapa sejuk, tapi makin lama makin sejuk, tapi tak lah macam dalam peti ais.
Aku tak appreciate betul betul lagi sebab perlu cari office organiser untuk lapor diri. Dekat satu jam berjalan, baru aku jumpa, tapi tak ada orang lagi, sebab awal sangat. Aku frust betul, sebab tak talipon dulu. Patah balik, kaki dah mula lengoh, lagi pula aku terambil jalan jauh.
Balik ke hotel semula dan talipon organiser. Depa suruh aku datang semula pukul 3.00 petang; takkan nak jalan kaki lagi kot?
Aku keluar cari basikal sewa tapi, jumpa lorong jual barang barang kulit, macam Petaling Street. Intai intai juga harga tapi budget aku kecik, tengoklah nanti. Aku kena jaga belanja sebab perjalanan masih jauh. Jumpa kedai sewa basikal dan sewa sebiji- 12 euro sehari, tapi kena tinggal passport(ini yang tak sedap ni, tapi apa boleh buat, aku dah tak larat nak jalan kaki).
Pukul 1.00 tengahari- aku keluar semula dengan basikal dan dapati, memang cara yang paling mudah dan seronok adalah berbasikal; area boleh cover jauh dan tak penat, lagipun paling selamat.
Aku singgah lukis jambatan 'Ponte Vechio' yang famous tu (atas) dan pergi ke sana... punya ramai tourist. Florence ni penuh dengan tourist.
Aku tengok 'pizza' dari luar tingkap, macam macam jenis. Aku teringat dekat bini aku, sebab dia suka pizza. Aku tak beli sebab tak lapar lagi.
Sampai office organiser pukul 2.30 petang. Jumpa denagn Mr Giulliano Sottani (manager program) dan Nadia Nanni (Direktor) yang kad depa kirim sebelum datang. Depa bagi a very warm welcome.
'Catherina De Medici ni, satu organisasi yang sebelum ni banyak promote Florence dan Italy melalui makanan, tapi sekali ni diberi kepercayaan oleh bandar Florence untuk organise cultural events.
Aku diberi dua keping canvas yang dah stretch- 50x70cm, name card dan info info lain. Aku ikat canvas dan galas dekat bahu. Part ni yang aku megah sekali, berbasikal dengan kanvas di bahu, mengelilingi Florence, tapi tak ada sapa nak tolong ambil gambar... syok sendiri lah.
Balik ke hotel- rehat. Malam ni ada welcome gala dinner di 'Circolo Borghese E della Stamp', perjumpaan antara Mayor Florence; Leonardo Domenici dengan pelukis pelukis.
Siang tadi, bag aku dah sampai kat hotel, punya lega, dapat hisap Marlboro Malaysia. Rokok sini tak sedap dan mahal- 3 euro (rm10)
6.30 petang. Aku keluar cari 'Palace Borghese', ikut jalan sungai Arno. Malam, lagi susah cari jalan. Satelah bepusing pusing, baru aku jumpa tempatnya.
Bila aku masuk, aku rasa kekok, sebab orang semua pakai formal, aku pakai jeans dan jacket. Aku memperkenalkan diri dengan peserta lain. Ada artist dari German, Ghana, America, Colombia, Zimbabwe, Australia, Nigeria dan banyak lagi, tapi peserta Asia tak ada. Aku tengok semua artist dah tua tua belaka, tak ada artist muda. Mungkin sebab mahal nak masuk, jadi artist yang dah established saja yang mampu datang. Aku seorang saja, artist yang di sponsored oleh negara.
'Palace Borghese' ni istana lama, lebih kurang dua ratus tahun lama, tapi dah di privatised. (bekas kepunyaan keluarga Medici yang dulu pernah membangunkan Florence) Interior dia classic habis. Dekat ceiling ada lukisan yang macam kita tengok dalam buku art history zaman Renaissance dulu. Aku frust sebab tak bawa camera, nanti malam last, aku bawa. Istana ni besar sungguh, setiap bilik bersambung dengan bilik yang lain. Seorang kawan Italy buat lawak kata: dulu, nak bergerak dari bilik ke bilik, kena naik basikal.
Sebelum dinner, kami dijamu snek dan minuman. Nak minum apa?.. semua ada. Aku berkenalan dengan seorang' Larry Otto' dari Ghana. Dia kena simpan duit selama enam tahun, nak mai sini. Dia menginap di hotel yang sama dengan aku.
Bila aku beritahu, aku dari Malaysia, semua orang tahu dimana, ada yang dah sampai dan ramai yang tahu tentang Malaysia.
Dinner dekat sebuah bilik besar yang penuh dengan cermin dan ukiran bewarna emas. Sebuah chandlier besar tergantung di tengah, dan ceiling seperti biasa penuh dengan lukisan zaman Renaissance. Aku semeja dengan Nadia dan lima orang staff Catherina De Medici dan Larry- aku tak tau, aku jadi pendiam dan tak banyak cakap.
Kami dijamu dengan 'five course dinner'.
Mula mula 'spinach' dibungkus(bawah) sedap juga, yang ini aku boleh habis, mungkin aku lapar. Gelas ada lima jenis berbagai saiz untuk seorang, garpu - tiga, pisau - dua, dan sudu - tiga. Hidangan pertama disusuli dengan white wine.
Kedua - nasi campur salmon, macam nasi goreng, tapi beras dia lain sikit, aku makan sikit- lagi white wine.
Ketiga - macam bingkang tapi ada daging warna merah diatas - aku tak makan.
Keempat - paha ayam belanda yang diisi dengan sayur, campur kentang bulat- disusuli degan red wine pula. Aku ingat dinner dah habis, aku keluar hisap rokok.
Kelima - dessert macam caramel, aku makan separuh, yang ini disusuli dengan champagne. Nampaknya sky juice sajalah untuk aku sebab kopi dan teh memang tak disediakan.
Mayor tak dapat hadir, cuma deputy dia dan menteri pelancongan Florence. Ucapan oleh Sattoni dan menteri. Depa tak cakap Inggeris, ada penterjemah. Kami diberitahu tentang pertandingan. Ini adalah kali pertama dan akan dijadikan annual event, Tahun depan di 'Palermo, selang dua tahun di Florence dan 2004 ni di Venice.
Kami diberitahu bahawa orang orang kenamaan ' rich and famous' sahaja yang santap di palace ini dari dulu lagi. Semua peserta perasan dan tepuk tangan.(macam mana aku boleh sesat kat sini?)
Lepas dinner aku salam lebih kurang dan balik. Orang lain semua naik limo atau teksi, aku sorang sahaja naik basikal. Aku sesat sebab malam, tapi Florence ni penuh dengan tourist walaupun dah larut malam.
Sunday, July 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nice sketches. No pictures at all?*with sad face*
ReplyDeleteasw, tq, pictures will start coming in tommorrow. according to the stay. my camera starts clicking on the third day. thanks for following. enjoy your blog too, regards to your ayang hubby.
ReplyDelete