Sunday, July 26, 2009

EURO2 : Jumaat 15 Mac 02 : Firenze


Early morning crowd, typical scene in front of the Duomo

Aku dan Larry keluar menuju ke Brunelleschi Square selepas bersarapan jam 9.00 pagi. Siap dengan perkakas lukisan dan kanvas. Aku tidak membawa easel. Di atas lantai bersandarkan tiangpun boleh aku kerjakan.


Onlookers at Brunelleschi Square, where we paints live for three hours. For this session, the crowd votes for the winner.



Busy painting at Brunelleschi Square

Setibanya di sana ramai pelukis sudahpun mula melukis. Lukisan yang kami hantar semalampun sudah siap dipamerkan pada easel di foyer salah sebuah bangunan di situ.


The works being exhibited at the square before showing it at Palazzo Borghese tonight.



Aku gembira melihat lukisanku dipamerkan bersama-sama dengan karya pelukis- pelukis lain. Kebanyakannya menggunakan warna sejuk berbeza dengan lukisanku yang menggunakan skema warna panas.


Crowd admiring the works.


Posing with the exhibits of entries


Half way done

Kami diberi tempoh tiga jam untuk menyiapkan lukisan pemandangan di sini. Aku menyiapkan lukisanku hanya dalam masa sejam. Banyak pelukis langsung tidak melukis pemandangan di hadapan mereka. Pengunjung akan menilai dan mengundi lukisan terbaik di tempat itu juga. Sementara itu, pengadil sedang memilih lukisan yang dihantar pada hari sebelumnya untuk diberi award. Aku perhatikan yang mereka langsung tidak melihat akan lukisanku.


Guards in traditional costume, curios of my nationality.


One for the album


The focal point for my painting.


Done


Mary Penolope Young, a very sweet lady from Florida. She was born in K.Lumpur at where KLCC is now, lived there until she was sixteen. Thrilled to know that I am from Malaysia.

Di sini sajalah peluang untuk kami pelukis mengenali antara satu sama lain. Banyak pelukis-pelukis yang bagus. Ada seorang gadis yang berminat untuk membeli lukisan yang aku lukis pagi ini, tetapi harga yang ditawarkannya rendah sangat.


Larry in front of his works


With Larry and Peter Imo, another African artist.

Jam 1.00 tengahari, aku dan Larry balik ke hotel. Malam ini pada waktu dinner di Palazzo Borghese nanti, kami akan tahu keputusan pertandingan.

Kali inipun aku makan mi cina lagi. Bukan aku tak teringin nak makan makanan Itali tetapi semuanya di dalam restoran-restoran mahal, tidak ada makanannya yang dijual di tepi-tepi jalan.


My work exhibited at Palazzo Borghese

Jam 7.00 malam, aku dan Larry keluar ke Palazzo Borghese untuk Gala Dinner dan penyampaian award. Udara malam ini lebih sejuk dari biasa. Di sana, lukisan kami telahpun dibawa dari Square dan dipamerkan.


Larry's

Dinner malam ini di bilik lain pula. Mayor Florence tidak dapat hadir juga. Kami dijamukan dengan makanan eksotik Itali tetapi tak satupun yang kena dengan selera aku.
Di pertengahan dinner, nama-nama pemenang hadiah saguhati diberikan kepada peserta termasuk nama aku dan Larry. Ini bermakna bahawa kami tidak menang. Larry mendapat hadiah penghargaan Juri untuk lukisan yang kami buat siang tadi. Hadiahnya, tiga botol wain mahal. Kami diberi sekeping sijil penyertaan dan sekeping pingat gangsa setiap seorang.


Getting acquainted


Uytautas Kaunas, a painter from Lithuania, won third place. He took a bus from his country to Florence. Friendly and humble.

Hadiah pertama jatuh kepada pelukis dari Colombo, kedua, aku tak ingat dan ketiga pula dimenangi oleh Uytautas dari Lithuania. Aku terasa sedikit kecewa... biasalah.


Suspense before the results been announce.


With Mr Sattoni, the manager of the event.

Selepas dinner lebih kurang jam12.00 malam, aku pun balik ke hotel seorang diri dengan mengusung lukisan aku yang tidak menang. Udara malam ini sejuk betul.

4 comments:

  1. bro dapat saguhati ape bro? gambar bro ngan budak negro tu gelap aje...tak pakai flash ke..he2.

    Tengok cara dia orang buat exibit simple je...santai dan sempoi

    ReplyDelete
  2. Bro aris, dapat sekeping pingat gangsa dan sekeping sijil penyertaan.

    ReplyDelete
  3. pingat nye cam ne bro...ada macam pingat sukan tu ke

    ReplyDelete
  4. Aris,penghujung jurnal saya akan masukan foto nya, tunguuuu...

    ReplyDelete