Friday, July 24, 2009

EURO2 : Khamis 14 Mac 02 : Pisa

Aku berada di bilik selepas sarapan. Larry mengetuk pintu memberitahu Nadia, Director program berada di lobi. Dia membawa tiket Tour ke Pisa yang kami tempah semalam. Harganya 35.00 euro. Aku mengambil kesempatan bertanyakan Nadia tentang harga tiket dan tip untuk aku meneruskan perjalananku ke Venice dan lain-lain tempat selepas ini.

Jam 1.00 tengahari, selepas lunch spaghetti and vege, kami menuju ke tempat bas. Ini merupakan guided tour ke Pisa. Bas dua tingkat dan kami duduk di tingkat atas. Di dalam bas, semuanya white, kecuali Larry, black dan aku, brown.

Bas bertolak ke Pisa dari Florence jam 1.50 petang. Ada English and French speaking guide sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan ke Pisa, barulah aku berpaluang melihat kawasan-kawasan di luar bandar. Pemandangannya sungguh cantik sekali. Kami melintas Chianti, provinsi yang terkenal untuk penanaman anggur atau vineyard. Kononnya wine dari Chianti lah yang paling bagus di Itali.

Florence merupakan bekas ibu negara Itali sebelum Rome dan sekarang menjadi ibu negeri untuk Wilayah Toscana. Toscana mempunyai sepuluh provinsi. Kami melalui selain Chianti, Vinci; tempat kelahiran Leonardo Da Vinci dan sebuah provinsi yang aku tidak dapat mengingati namanya, yang masyhur dengan tempat kelahiran skuter Vespa.



Sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam, dapat dilihat ladang-ladang anggur, ladang-ladang bunga dan pokok-pokok cyprus. Florence dan Pisa serta provinsi- provinsi lain di Toscana ini merupakan lembah yang dikelilingi oleh bukit dan gunung ganang. Kalau dilihat dari udara, pemandangannya adalah seperti lakaran di atas.

Kami sampai di Pisa sekitar jam 3.00 petang. Bas diparkir lebih kurang 800 meter dari persekitaran Leaning Tower. Kami bergerak bersekelompok mengikut tour guide yang membawa bendera. Inilah kali pertama aku merasai bagaimana mengikut tour dengan pelekat pada baju dan digembala seperti sekumpulan kambing.


One of the most photographed architecture in the world

Pisa, selain terkenal dengan menara condongnya, juga merupakan bandar maritim bagi abad ke 15 hingga ke abad 17. Bandar ini juga merupakan tempat kelahiran Galileo Galilie.



Di persekitaran menara condong terdapat bangunan-bangunan lain yang tidak kurang cantiknya, seperti the Cathedral, hospital, tempat untuk upacara pembaptisan dan juga kawasan perkuburan. Seperti biasa komplek ini dipenuhi dengan gerai-gerai cenderamata dan peniga-peniaga berkulit hitam yang bersepah menjual cenderamata dan barangan kulit.


Entrance ticket to the Cathedral at Pisa

Kami dikumpul mengikut kumpulan bahasa, seperti, French, Spanish, Japanese dan English. Kami bermula dengan melawati Cathedral yang sungguh besar dan cantik. Di dalamnya, berhampiran dengan pintu masuk, terdapat mayat seorang padri yang diawetkan (mummyfied) dan diletakkan di dalam sebuah keranda kaca. (Aku teringat cerita Snow White). Cathedral ini masih digunakan sehingga hari ini. Bangunan ini dipenuhi dengan ukiran marmar dan lukisan dinding. Silingnya, penuh dengan ukiran halus diperbuat daripada emas. Kameraku kehabisan bateri, tiadalah gambar sehingga kembali berada di luar.



Di luar, beribu pelancong asyik mengambil gambar menara condong. Aku dan Larry pun tidak ketinggalan. Menara ini tidaklah secantik cathedral tadi, tapi menjadi lebih terkenal kerana sifat condongnya.Aku memanjat hingga ke tingkat paling atas.



Menurut kata guide, ini adalah satu kesilapan seni bina yang membawa keuntungan kepada Pisa. Aku kemudiannya menemani Larry untuk membeli beg kulit buat isterinya. Aku pun teringat juga kepada isteriku, tapi secara berseloroh aku memberitahu Larry yang aku akan menunggu wang hadiah pertandingan.

Kami berkumpul semula dan digembala lagi untuk kembali ke bas. Aku bersyukur juga kerana berpeluang melawat tempat yang masyhur ini. Dalam perjalanan balik ke Florence, bas mengambil jalan lain pula. Sekali ini kami melalui provinsi Lucca yang terkenal dengan tanaman buah zaitun, provinsi Pistoia yang terkenal dengan pembuatan kertas dan Provinsi Prato. Sepanjang perjalanan pulang, kami dapat menyaksikan tinggalan bandar- bandar bekas zaman medievil, tetapi masih didiami hingga sekarang. Kota- kotanya dibina di atas bukit dan dikelilingi oleh taman-taman yang indah. Aku membuat kesimpulan bahawa Toscana ini memang cantik (Dear Isteri, nanti ada rezki, kita mai...)

Balik di Florence pada jam 7.00 malam, singgah di kedai cina untuk membeli nasi goreng dan makan di dalam bilik hotel.

Besok, hari penentuan.

2 comments:

  1. Asyik makan nasi goreng je...esok order nasi paprik sayur pulak ye! :)

    ReplyDelete
  2. ASW,
    You're as cheeky as your ayang hubby. Thanks for following. Bila nak belanja otok-otok ngan sattar Kemamang

    ReplyDelete