Sunday, July 19, 2009

EURO2 : Friday. 8 Mac 2002 : Roma

Pukul 6.30 pagi.
Aku terjaga sebab airport dah mula ramai orang. Aku pergi freshen-up dan terus pergi check-in dekat terminal domestik. Airport Roma besar betul.
3.15 petang (Mal) 8.15 pagi (Roma), aku tengah tunggu nak boarding ke Florence. Sekali ni naik Alitalia pula.
Dah 32 jam perjalanan, belum sampai lagi. Lapar, aku makan kit kat yang aku beli dekat KLIA.. yang problem sikit...nak terbe...

Flight ke Florence pukul 9.15 pagi, kapalterbang kecik sikit, pakai kipas.. Pemandangan dari Roma ke Florence, cantik betul, bukit macam diukir. Dapat minum oren jus sahaja.
Sampai Florence (Firenze) pukul 10.30 pagi. Sebelum check-out, aku rasa nak terkencing betul, tapi toilet kat luar, aku kena tunggu baggage, tapi sekuriti kesian dia bagi aku keluar sat.
Bag aku tak sampai... check...ada kat London...report. Besok depa hantar kat hotel.
Nak naik teksi ke bandar, harga 20 euro. Aku beranikan diri naik bas....free!. Sampai town centre, aku jalan cari hotel. Mujur aku dah study sikit peta Florence dulu, rasa megah sebab dapat jimat duit.
Check-in hotel Castri pukul 11.00 pagi. Bilik kira ok lah. First thing, aku masuk jamban dulu....

Sebab terlalu letih sangat, aku tertidur sampai pukul 10.00 malam.

Terjaga...aku lapar, nak keluar, sudah lewat. Aku makan fruit cake yang aku ambil atas kapalterbang dan tuna snack yang aku bawa dari KL.
Tengok tv sampai tertidur semula....

No comments:

Post a Comment