Friday, July 24, 2009
EURO2 : Rabu 13 Mac 02 : Firenze
In Front of Castri Hotel Entrance.
Hari in merupakan hari terakhir untuk aku mengerjakan painting. Masa yang diberi, lima hari, tetapi aku berkarya hanya sehari. Banyak masa dihabiskan untuk menyerap rasa Florence. Memang begitu cara aku berkarya - harus menyerap ke perasaan dahulu baru boleh diluahkan ke atas kanvas. Lagipun teknik dan proses mencatanku harus pantas dan spontan.
Selepas bersarapan pagi ini, aku sambung mencatan lagi. Larry memberitahuku yang dia akan submit karyanya dahulu.
Tengahari, aku keluar mendapatkan international phone card. Dengan nilai 10.33 euro, boleh digunakan selama 40 minit panggilan ke Malaysia. Aku harus menelefon rumah. I am missing them terribly. Di bilik aku menelefon keluarga. Terubatlah sedikit rindu setelah bercakap dengan semua. Every body is fine, Alhamdullilah.
Makan tengahari aku adalah bihun goreng yang aku tapau dari kedai cina semalam. Sedap dan murah. Ada cili, dan inilah kali pertama aku makan hingga berpeluh kepedasan.
View from Casrti Hotel front facade.
Jam 4.00 petang, aku berhenti mencatan. Aku membalut painting dan keluar untuk submit. Tempat yang ditetapkan adalah di sebuah kedai frem Bor-ltega della Cornice di Via Pergola. Semalam Larry sudahpun menunjukkan tempatnya kepadaku, jadi tidaklah sukar untuk aku mencarinya. Tiba di sana, sudah terdapat beberapa orang pelukis termasuk Larry. Sempatlah kami berjumpa sesama pelukis dan melihat karya masing-masing.
Sayangnya program ini tidak mengadakan apa-apa acara khas untuk pelukis. Pelukis tidak diletakkan setempat dan peluang beramah-mesra hanya pada majlis pembukaan dan penutup program. Satu-satunya aktiviti yang melibatkan semua pelukis adalah acara melukis secara live di Piazza S. Annunziata, di Brunelleschi Square , Jumaat ini.
Aku berasa yang painting aku ada harapan untuk menang, tapi aku juga percaya, pelukis lain pun merasai begitu.
My painting in process.
Selesai penyerahan karya, aku dan Larry pergi membuat tempahan untuk melawat Kota Pisa pada keesokan harinya. Harga tiketnya bernilai 35.00 euro. Aku tidaklah bersungguh sangat sebab kena jaga bajetku. Aku ingin berjalan jauh lagi selepas Florence. Tetapi oleh kerana esok tidak ada apa-apa program, dan keinginanku untuk melihat menara condong yang masyhur tu... aku setuju.
Dalam perjalanan balik ke bilik, aku menunjukkan kepada Larry kedai cina tempat aku selalu membeli makanan. Dia kepinginkan ayam goreng. Aku beli lagi bihun goreng macam semalam.
Jam 8.00 malam, aku naik ke bilik dan tertidur dengan perut yang kekenyangan (Di Florence ni, mudah sangat untuk terlena sebab sejuk ; masuk selimut, tonton tv dan terus terlena dengan tv terpasang sampai pagi...).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menyerap dahulu baru boleh meluah....falsafah tu
ReplyDeleteagaknya lah... thanks Aris
ReplyDelete