Selepas sarapan pagi ini, aku naik ke bilik dengan harapan dapat memulakan lukisanku. Hanya tinggal tiga hari sebelum submission. Aku tidak mahu melukis di luar kerana lukisan ku bukan berbentuk direct representational , lagi pula agak sukar untuk mengusung kanvas yang basah ke sana- sini. Aku harus menyerap suasana sama ada dari segi spiritual mahupun visual, sebelum melepaskannya di atas kanvas. Aku kira di bilik saja sudah memadai.
Di sini, kadang-kadang aku mandi hanya sekali sehari sebab sejuk. Lagipun badan tak berpeluh dan berbau. Cuma kita orang melayu ni, tak boleh kalau tak mandi. Biarlah sejuk macam mana sekalipun, tetap nak mandi pagi dan petang. Ada heater di bilik mandi, cuma yang tak tahannya dari shower ke room temperature. Mencebuk usah ceritalah.
Betis aku masih lenguh lagi bahana berjalan jauh pada hari pertama.
Aku sudah mula merindui keluarga, juga tiba- tiba teringin teh tarik, roti canai dan nasi lemak. Sudah beberapa hari lidahku tak menjamah pedas.
David by Michaelangelo. This is an exact replica in front of Palazzo Vechio, the original is kept at The Accademia.
Jam 10.00 pagi, aku keluar ke stesen keretapi dengan tujuan untuk melihat jadual perjalanan dan kadar tambang. Aku merancang hendak teruskan travel aku sehingga Paris, selepas selesai pertandingan dan kalau ada rezeki ingin melawat Venice dalam perjalanan. Jadual perjalanan ada tetapi harga tidak tertera. Nak menanyakan di kaunter informasi, orang ramai sangat.
Aku beredar dan terus ke Duomo. Tempat ini merupakan starting point untuk aku merayau di bandar Florence ini kerana lokasinya terletak betul-betul di pusat bandar.
Aku ke Pallazo Vechio. Di situ terdapat pusat informasi tentang bandar Florence dan sebuah kedai buku di dalamnya. Aku membeli sebuah buku mengenai Florence dan sebuah lagi buku tentang Leonardo Da Vinci. Aku ke Sungai Arno lagi. Bagiku tempat inilah yang paling aku gemari.
Tengah hari aku balik ke bilik dan tertidur. Hanya tinggal dua hari sebelum dateline, aku masih belum memulakan lukisanku lagi.
Terjaga jam lapan malam. Terasa malas nak keluar, jadi aku hanya makan biskut di bilik.
Masih belum melukis lagi. Dan tertidur semula. Aku bermimpi akan anak dan isteri. Jam 4.00 pagi aku terjaga.
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment